peutuah ureung jameu

angan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan


Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling tinggi


Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit.  Kalau kita selamat, bersyukurlah. Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali.  Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak dapat bangun semula


Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu adalah berakhir yang baik


Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.  Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi


Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun.  Mana yang tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita


Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan kerana memandang enteng


Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu


Pergaulan mempengaruhi didikan otak.  Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan.  Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya


Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman ke mana pun kita pergi, bersinarlah suasana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, malah semuanya dapat diatasi

Komentar

Postingan Populer